Jabatan Perdagangan pertahan gelaran juara di Edufest ‘07
Program: Edufest Zon Utara 2007
Tarikh: 30-31 Mei 2007
Tempat: Politeknik Seberang Perai (PSP)
Penyertaan: Pelajar-pelajar DPR 6, Jabatan Perdagangan
Kejayaan: Tempat pertama dalam kategori Projek Jabatan Perdagangan
Jabatan Perdagangan PTSB sekali lagi mengekalkan kejuaraan buat kali ke-2 berturut-turut dalam pertandingan projek setelah memenanginya sebelum ini pada tahun 2006 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Pasukan projek yang terdiri daripada 6 orang pelajar semester akhir Diploma Pemasaran (DPR) itu turut berentap dengan wakil pelajar kursus Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) daripada PSP dan wakil pelajar kursus Diploma Pemasaran (DPR) daripada POLIMAS.
Projek ‘Healthy Care Dadih’ yang berjaya meraih kemenangan ini telah dianggotai oleh Mohd Shahirul Azam bin Ghazali, Mohd Ridwan bin Mahmod, Mohd Raffi bin Rosly, Mohd Rizalman bin Osman, Nurilham Fazuana binti Ibrahim Afandi dan Noorzirah binti Ibrahim. Projek ini merupakan modul wajib dalam kursus DPR dan diselia oleh Puan Suzana Muhamad, Pensyarah kursus DPR Jabatan Perdagangan PTSB.
Kumpulan ini telah memilih Syarikat Dadih Tradisi Sdn Bhd dalam kajian projek mereka. Beberapa program dan strategi pemasaran baru telah dicadangkan kepada syarikat ini bagi memperbaiki kedudukan syarikat tersebut dalam pasaran dadih tempatan. Hasil daripada kajian kumpulan ini, Syarikat Dadih Tradisi telah mula mempraktikkan beberapa idea yang telah dicadangkan. Ini menunjukkan keyakinan pihak luar terhadap kualiti pelajar PTSB dalam merencanakan strategi baru dalam pemasaran.
Dengan kemenangan di tempat pertama kategori Projek Jabatan Perdagangan, Jabatan Perdagangan PTSB telah berjaya mengukuhkan kedudukannnya sebagai Jabatan Perdagangan terbaik di antara politeknik-politeknik Zon Utara.