Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

International Liaison Unit

Pengenalan

PTSB International Liaison Unit (ILU) ditubuhkan bertepatan dengan misi Jabatan Pengajian Politeknik ke arah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET selain memenuhi Teras 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu keunggulan global dengan peningkatan penglibatan staf akademik dalam aktiviti peringkat antarabangsa.

Penglibatan PTSB di peringkat antarabangsa bermula pada 2015 dengan kolaborasi erat dengan Politeknik Negeri Medan, Indonesia, Sangtham Suksa Pattani High School Thailand dan Toyohasyi University of Technology, Jepun. Aktiviti dua hala antara institusi-institusi berikut bersama PTSB melibatkan program pensyarah jemputan melalui Faculty Development Program, lawatan balas dan kolaborasi, jemputan sebagai panel pembentangan penyelidikan semasa seminar, program Kem Bahasa Inggeris, penandaarasan, jemputan sebagai Keynote Speaker/ Public Lecture Series, penglibatan kursus PSH dan lain-lain. Pengantarabangsaan PTSB semakin aktif pada tahun 2019 dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun bersama termeterainya Agreed Minutes of Meeting (AMM) yang ditandatangani bersama 4 institusi TVET Medan iaitu STIM Sukma Medan, Politeknik Negeri Media Kreatif, Politeknik Ganesha dan Politeknik Kutaraja, Acheh dan yang terbaru bersama Universitas Pendidikan Ganesha Bali, Indonesia dan Politeknik Negeri Bali, Indonesia. PTSB ILU juga aktif dalam program pertukaran pelajar antarabangsa di bawah jaringan SEAMEO dan telah menghantar 12 pelajar ’outbound’ serta menerima seramai 30 pelajar ’inbound’ sepanjang tahun 2019 ini.

Fungsi Dan Objektif

  1. Memenuhi 6 strategi yang digariskan dalam Dasar Pengantarabangsaan Politeknik & Kolej Komuniti yang diluluskan pada 15 Mei 2014. Strategi yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
    1. Strategi 1 : Kerjasama Antarabangsa
    2. Strategi 2 : Persekitaran Pembelajaran tanpa Sempadan
    3. Strategi 3 : Pengiktirafan Antarabangsa
    4. Strategi 4 : Artikulasi Program
    5. Strategi 5 : Akses Kepada Pelajar Antarabangsa
    6. Strategi 6 : Perspektif Citra Antarabangsa
  2. Meningkatkan jaringan dan kerjasama antarabangsa antara PTSB dan institusi luar negara
  3. Memberikan pelajar dan pensyarah peluang mendapat pengalaman dan kemahiran di luar negara
  4. Memenuhi KPI pengantarabangsaan PTSB