Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Pusat Teknologi

Pengenalan

Pusat Teknologi (COT) PTSB adalah dikenali dengan nama Mechatronic and Robotic Technology Center (MRTC). Ia adalah merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang mekatronik dan robotik digunakan atau di aplikasi melalui;

  • pemberian perkhidmatan kepakaran
  • pelaksanaan penyelidikan dan inovasi
  • peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Pusat ini berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang mekatronik dan robotik yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan.

Secara umumnya pusat ini mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga PTSB dalam bidang mekatronik dan robotik serta memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik.

Konsep pusat ini dapat dijelaskan berdasarkan Rajah 1. Aktiviti teras pusat teknologi digambarkan oleh tiga elemen yang mengelilingi bulatan COT iaitu:

  1. Perkhidmatan Kepakaran (Expert Services – ES)
  2. Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation - R&I)
  3. Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning – T&L)

manakala lingkaran luar mewakili empat elemen penting yang menjadi kekuatan dan penentu kejayaan sesebuah COT politeknik iaitu:

  1. Kolaborasi (Collaboration)
  2. Penerbitan (Publication)
  3. Pengiktirafan (Recognition)
  4. Pendapatan (Income)

COT

Rajah 1Konsep Pusat Teknologi

 

Visi, Misi dan Objektif

Visi
Menjadi Pusat Teknologi yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang mekatronik dan robotik di dalam dan luar negara.

Misi
Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang mekatronik dan robotik melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran.
 
Objektif Pusat Teknologi adalah:
  • Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam bidang mekatronik dan robotik.
  • Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang mekatronik dan robotik.
  • Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan bidang mekatronik dan robotik.
  • Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam negara atau luar negara dalam bidang berkaitan bidang mekatronik dan robotik.
  • Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, penghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang mekatronik dan robotik.