|

|
Sedang Online
We have 2 guests online
|
|
Latar Belakang Kursus Ukur Tanah |
|
Kursus Ukur tanah mula ditawarkan pada sesi Julai 2004 dengan pengambilan pelajar Sijil Ukur Tanah (SUT) seramai 38 orang, manakala bilangan pensyarahnya ialah seramai 3 orang.
Bilangan pelajar kemudian bertambah kepada lebih 80 orang pada sesi Januari 2005. Manakala Kursus Diploma Ukur Tanah (DUT) mula dibuka pada sesi Julai 2005. Sehingga kini (Januari 2008) terdapat 6 kelas Diploma Ukur Tanah (Tahap 1-5) dan 4 kelas Sijil Ukur Tanah (Tahap 1-4) dengan bilangan pensyarah seramai 9 orang. Makmal Ukur Tanah di Jabatan Kejuruteraan Awam ini dilengkapi dengan kemudahan makmal yang lengkap seperti makmal kartografi, makmal fotografi, makmal ukur kejuruteraan, makmal GIS, makmal Remote Sensing dan makmal pemprosesan. Makmal-makmal ini dilengkapi dengan peralatan yang terkini seperti stereoplotter berkomputer, GPS dan Total Station. |
|
 |

|
|
|
|