AMANAT PENGARAH 2018
Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera & Salam Sayangi Malaysiaku,
Selamat datang kepada semua pengunjung portal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Saya mewakili seluruh warga PTSB amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda ke portal PTSB.
Tahun 2016 dipenuhi dengan imbasan peristiwa dan warna-warni kehidupan warga PTSB melalui aktiviti dan pencapaian bagi memastikan visi, misi dan objektif yang ditetapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. PTSB amat berbangga mempunyai barisan warga kerja yang amat positif, proaktif dan berpandangan jauh. Sepanjang tahun 2013, PTSB telah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian di atas usaha gigih gabungan kakitangan akademik dan sokongan akademik serta pelajar. Di antara pencapaian terbaik PTSB adalah:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Lafaz penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita berjaya mengharungi tahun 2015 dengan penuh cabaran. Walaupun begitu, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) tetap komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan aspirasi untuk menjadi institusi pilihan serta mengarusperdanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (PPPM).
Sehingga kini Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berjaya melahirkan lebih 11,000 graduan dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal dan perdagangan. Sebanyak 11 program pengajian peringkat diploma ditawarkan iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Geomatik, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Perakaunan. Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pemasaran. PTSB turut menawarkan 2 program pra diploma iaitu Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains.
Halaman 1 daripada 2