Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

INVENTION COMPETITION, CONFERENCE AND EXHIBITION (ICCE) 2019

Pertandingan INVENTION COMPETITION , CONFERENCE AND EXHIBITION (ICCE) V8 telah berlansung  pada 1 dan 2 Oktober 2019 untuk pembentangan kertas penyelidikan dan 6 dan 7 Oktober 2019 bagi pertandingan inovasi produk. Program ini pada asalnya adalah program INVENTION COMPETITION , AND EXHIBITION (ICE) iaitu pertandingan inovasi projek akhir pelajar yang diadakan setiap semester. Namun pada kali ini telah dijenamakan semula bagi memberi peluang kepada pelajar semester akhir yang membuat penyelidikan membentangkan kertas penyelidikan mereka.

Jabatan Perdagangan sebagai penganjur pada sesi ini telah bekerjasama dengan Kelab Perdagangan bagi menjayakan program ini. Program ICCE V8 kali ini menampilkan kelainan kerana format pertandingan adalah mengikut kategori bukan lagi mengikut jabatan seperti sebelum ini. Sejumlah 116 kumpulan telah menyertai pertandingan inovasi manakala untuk kategori pembentangan pula ialah sebanyak 24 kumpulan.Sebanyak 3 pemenang terbaik dipilih bagi setiap kategori berikut. Sebanyak 7 kategori dipertandingkan dan pemenang tempat pertama adalah seperti berikut :-

KATEGORI  PROJEK  JABATAN
KATEGORI A (BUSINESS AND MARKETING) BOXED DRINKS WITHOUT STRAW  JP
KATEGORI B (TRAINING KIT/PNP)  AUGMENTED REALITY (AR) ELECTRICAL CIRCUIT FOR EDUCATION  JKE
KATEGORI C (INTERNET OF THINGS (IOT)) MOSQUE SMART MONEY BOX (MSMB)  JKE
KATEGORI D (DESIGN) BOT PUNGUTAN SAMPAH KAWALAN JAUH AUTO CUPPING MACHINE  JKA
KATEGORI E (ELECTRIC AND ELECTRONICS) KEY SCANNER SYSTEM  JKE
KATEGORI F (GREEN MATERIALS INNOVATION) MESIN RUMPUT SOLAR HIBRID CCM (CLEAN CULVERT MASTER) JKM
KATEGORI G (CONFERENCES)

PENYEDIAAN TAPAK DEMO STESEN KALIBRASI DIFFERENTIAL FIELD TEST (DFT)

KEPENTINGAN PLATFORM DIGITAL

JKA

JP

 

Antara rasional program berikut diadakan adalah untuk menilai tahap dan pencapaian projek akhir pelajar setiap Jabatan Akademik dan bagi memberi pengiktirafan produk terbaik bagi seterusnya dapat meningkatkan semangat semua pelajar dan membudayakan inovasi. Diharapkan program ini akan memberikan impak yang positif kepada pelajar dan semua yang terlibat .Peserta menimba ilmu dari panel juri luar melalui sesi soal jawab terhadap  produk yang dihasilkan. Selain itu dapat meningkatkan kerjasama di kalangan warga politeknik di dalam menganjurkan suatu program di peringkat politeknik.Juara keseluruhan ada projek bertajuk Key Scanner System daripada kategori E dibawah seliaan Puan Pimpa Soowan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program ICCE V8 2019. Syabas juga diucapkan kepada penganjur iaitu Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Kelab Perdagangan serta Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersial  (UPIK).

ICCE 2019all1

ICCE 2019all2

ICCE 2019all3

ICCE 2019all4

ICCE 2019all5