Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

CREATING LEADER AMONG US 3.0

Pada 19 Disember 2019, Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) telah mengadakan Program Creating Leader Among Us 3.0 bertempat di Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini telah disertai oleh peserta seramai 29 orang yang terdiri daripada barisan kepimpinan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) sesi 2019/2020.

Antara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dari Unit Pengurusan Psikologi PTSB dan Fasilitator jemputan daripada Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Kulim. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Berakit dan Tangki Bocor yang bertujuan untuk menguji tahap kebolehan bekerjasama dalam kalangan AJK. Selain itu, turut diadakan juga aktiviti Jungle Trekking dan Kembara Halangan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.
 
Diakhir program ini, peserta telah mendapat celik akal melalui pengisian yang telah dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:
  1. Membina jati diri dan sahsiah sebagai seorang pemimpin yang unggul dan berbudi pekerti mulia.
  2. Memberi dorongan untuk berfikir serta mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani cabaran atau masalah yang mendatang.
  3. Mencungkil bakat dan potensi kepimpinan dengan lebih mendalam dikalangan peserta.
  4. Memperbaiki tahap komunikasi peserta antara individu dan kelompok sebagai satu aspek penting dalam memimpin.

Creating Leader Among Us 31

Creating Leader Among Us 32

Creating Leader Among Us 33