Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2019/2020

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20210

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 2021

Pada 8 Januari 2020 yang lalu, Pilihan Raya Kampus (PRK) telah dijalankan secara serentak di semua kampus Politeknik Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut sama berjaya melaksanakan proses PRK yang diadakan bertempat di Dewan Mu’adzam Shah. 

Proses pemilihan barisan baharu pemimpin pelajar melalui PRK ini bermula dengan hebahan awal PRK pada 10 Disember 2019 dan diikuti dengan proses Penamaan Calon serta Pelancaran Kempen Pilihan Raya Kampus pada 29 Disember 2019. Setelah selesai tempoh berkempen selama sembilan (9) hari, proses pembuangan undi berlangsung pada 8 Januari 2020 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Proses pembuangan undi bagi sesi kali ini amat memberangsangkan dengan mencatatkan 84.88% pelajar turun mengundi.  Seramai 2420 orang pelajar turun membuang undi daripada keseluruhan 2851 orang pelajar yang layak. 

Pengumuman keputusan PRK telah diadakan pada jam 4.00 petang di Dewan Mu’adzam Shah. Pengumuman keputusan PRK 2020 disempurnakan oleh Encik Zamree bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Akademik PTSB. Turut sama melangsungkan majlis adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Norsyahidan bin Mohd Yusof serta  merangkap Pengerusi Pilihan Raya Kampus. Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan kepada para pelajar yang turun mengundi bagi merancakkan suasana sambil menunggu kiraan undi selesai dan pengumuman keputusan dibuat. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang berjaya memenangi kerusi dalam PRK bagi sesi 2020 ini. Semoga dengan kejayaan ini dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PTSB melalui saluran suara pelajar kepada barisan kepimpinan mereka.

 

STATISTK PENGUNDI PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB 2020

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20201 Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20202

 

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB 2019

KERUSI UMUM

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20203

 

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB 2020
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20204

 

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB 2020
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN PERDAGANGAN (JP)

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20205

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB 2020
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20206

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB 2020
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20207

Pilihan Raya Kampus Ptsb Sesi 2019 20211