Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR & KELAB PERSATUAN PTSB SESI 2019/2020

Penyampaian watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 9 Januari 2020 dalam satu majlis yang meriah. Penyampaian watikah ini telah berjaya disempurnakan oleh Puan Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sendiri iaitu Puan Yusma Binti Yusof.

Seramai 29 orang barisan MPP menerima watikah kali ini setelah memenangi pilihanraya kampus yang telah dilaksanakan pada 8 Januari 2020 yang lalu. Dalam majlis tersebut, Puan Pengarah turut menyampaikan amanat beliau kepada barisan MPP bagi sesi ini. Dialog dan sesi soal jawab antara barisan MPP bersama pihak pengurusan juga berjalan secara ringkas bagi membina kesefahaman antara kedua-dua belah pihak iaitu MPP dan pengurusan PTSB.

Hadir bersama pada majlis tersebut adalah Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman (Timbalan Pengarah Akademik), Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), Encik Norsyahidan bin Mohd Yusof (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP), Ketua-ketua Jabatan dan penasihat-penasihat MPP. 
 
Dengan penyampaian watikah tersebut secara rasminya tergalaslah tanggungjawab barisan MPP dan Persatuan Pelajar sebagai pemimpin pelajar di PTSB. Adalah diharapkan agar kebajikan pelajar terbela dan kecemerlangan siswa sisiwi PTSB dipertingkatkan lagi.
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP dan Kelab Persatuan PTSB Sesi 2019 20201
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP dan Kelab Persatuan PTSB Sesi 2019 20202
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP dan Kelab Persatuan PTSB Sesi 2019 20203