32 ORANG PELAJAR PTSB RAIH PENGALAMAN BERHARGA – SELAM SKUBA DI PULAU PAYAR, LANGKAWI

Peluang menyelam skuba di Pulau Payar, Langkawi baru-baru ini memberi pengalaman cukup berharga buat 32 orang pelajar Kelab Biodiversiti Marin, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Mengamati keindahan dunia marin yang dipenuhi terumbu karang dan pelbagai spesis haiwan air nyata memberi 1001 pengalaman manis buat para peserta. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran kepada Ahli Kelab Biodiversiti Marin mengenai tanggungjawab dan kepentingan menjaga ekosistem marin terutamanya terumbu karang yang merupakan khazanah alam negara untuk warisan generasi akan datang.

Turut sama menyertai aktivi ini adalah En. Mohd Zamre bin. Ab Rahman, Timbalan Pengarah Akademik PTSB serta serta 2 orang pensyarah penasihat kelab iaitu Pn. Rosni bt Omar - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pn. Shakirah Binti Anuar – Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Discover Scuba Diving1

Discover Scuba Diving2

Discover Scuba Diving3

Discover Scuba Diving4

Discover Scuba Diving5

Discover Scuba Diving6

Discover Scuba Diving7

Discover Scuba Diving8