Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

KURSUS PSH BELAJAR SELOK-BELOK TANAMAN SAYUR SECARA FERTIGASI, HIDROPONIK, AUTOPOT DAN SISTEM OSMOSIS

 Kursus Tanaman Sayuran20202

83 peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komunti telah menghadiri Kursus Tanaman Sayur Secara Fertigasi, Hidroponik, Autopot Dan Sistem Osmosis pada 18 Januari 2020. Kursus ini telah diadakan di Kampung Charuk Sejuk Sik, Kedah. Tenaga pengajar ialah Tn. Hj Zainol Bin Hashim yang merupakan pesara Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Penanaman secara fertigasi, hidroponik, autopot dan sistem osmosis ini adalah mudah dan ianya adalah permulaan yang sesuai bagi mereka ingin mula berkebun kerana penjagaannya adalah lebih mudah dan menjimatkan masa. Para peserta turut didedahkan dengan tanaman yang sesuai untuk ditanam menggunakan kaedah-kaedah ini. Walaupun pelbagai tanaman boleh ditanam tetapi cara penanaman serta penjagaan adalah berlainan mengikut jenis tanaman.

Program PSH merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara. Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.

Kursus Tanaman Sayuran20201