Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MPP PTSB ANJUR PROGRAM KEPIMPINAN SK BUKIT SELARONG

 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah diberi kepercayaan  menganjurkan Program Kepimpinan bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selarong, Kulim Kedah. Program ini disertai kira-kira 80 orang pelajar yang merupakan barisan pelajar pemimpin (Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas) dari SK Bukit Selarong.

Seramai 29 orang barisan MPP PTSB dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator dalam mengenalpasti bakat dan perwatakan serta memupuk kemahiran kepimpinan pelajar dalam menangani masalah tingkah laku pelajar di sekolah S.K. Bukit Selarong. Program yang diadakan pada 7 Februari 2020 ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Kuliah Utama, PTSB.

Antara pengisiaan dan modul yang telah berjaya dilaksanakan adalah kemahiran komunikasi dalam memimpin, kemahiran berunding dalam memimpin serta pengukuhan dan kerjasama dalam pasukan. Majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Mohd Zamre bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Akademik PTSB. Turut hadir adalah Guru Besar serta guru-guru SK Bukit Selarong.

MPP PTSB Anjur Program Kepimpinan Sk Bukit Selarong20202

MPP PTSB Anjur Program Kepimpinan Sk Bukit Selarong20201