Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

KEMBARA ILMU PESTA BUKU UTARA - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK KEDAH

Program Kembara Ilmu Pesta Buku Utara telah diadakan pada 16 Februari 2020 bertempat di Kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. 2 orang pegawai dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) iaitu Pn. Liza Suhana bt Ramli & Pn. Fauziah bt Zakaria terlibat dalam menjayakan Slot; Bicara Buku bagi mempromosikan buku Oh, My Students!, Hidup Biar Smart dan Berkorban Apa Saja. Seramai 17 orang pegawai dari PTSB turut sama berpeluang hadir bagi memeriahkan program ini.

Program Kembara Ilmu ini adalah bertujuan untuk menarik minat membaca dan menjadikan aktiviti pembacaan sebagai amalan dan budaya dalam kalangan warga PTSB, disamping memberi pendedahan kepada penerbitan buku-buku terbaharu di pasaran. Penganjuran program Kembara Ilmu ini akan dapat menyemarakkan lagi minat membaca dalam kalangan warga PTSB. Ini bertepatan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 yang menggalakkan rakyat Malaysia membaca lebih banyak buku.
 
Warga membaca, warga berilmu.
 
Kembara Ilmu Pesta Buku Utara - Universiti Utara Malaysia20201
Kembara Ilmu Pesta Buku Utara - Universiti Utara Malaysia20202