Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROMOSI POLITEKNIK SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM BAGI TAHUN 2019

Dewasa ini, pilihan institusi bagi melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi harus dibuat dengan teliti dan bersesuaian dengan keputusan dan yang paling penting minat para pelajar. Dengan peluang pekerjaan semakin bertambah dalam bidang TVET, ditambah pula suntikan pelan dan strategi kerajaan untuk membangunkan negara, politeknik merupakan destinasi terbaik bagi para pelajar melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, dalam program promosi kali ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSB dengan kerjasama para pensyarah di jabatan telah berjaya melakukan promosi di 46 buah sekolah di sekitar daerah Kulim/ Bandar Baharu, Baling/ Sik dan Kuala Muda/ Yan pada 5 Mac 2020, sempena pengumuman keputusan SPM bagi tahun 2019. Sasaran asal 60 buah sekolah tidak dapat dijayakan atas faktor penglibatan pensyarah di dalam program Polylimpik yang telah berlangsung pada tarikh yang sama. Harapan kami di JHEP adalah agar program promosi seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan mendapat penglibatan lebih ramai lagi pensyarah di jabatan akademik.

OBJEKTIF

Matlamat program dijangka dapat memberikan pendedahan awal tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat berkaitan bidang pengajian yang ingin diceburi oleh para pelajar. Diakhir sesi program ini, para peserta akan dapat :

  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diingini.
  • Memberi cadangan tentang bidang pengajian yang sesuai berdasarkan keputusan SPM para pelajar.
  • Dapat mengenalpasti jenis personaliti dan potensi diri yang bersesuaian dengan personaliti yang dimiliki.
  • Mendapatkan pendedahan awal tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat di Malaysia serta kelayakan untuk menceburi kerjaya berkenaan.
  • Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para pelajar mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud di sekitar mereka.

KEBERKESANAN PROGRAM

Program promosi ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan, iaitu untuk memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai peluang melanjutkan pengajian di politeknik. Ianya sangat penting untuk memastikan para pelajar menjadikan politeknik sebagai destinasi melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma dan juga ijazah. Ramai pelajar yang datang ke ruang pameran politeknik untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas.

SENARAI SEKOLAH-SEKOLAH

  1. SMK Taman Kulim Hi-Tech
  2. SMK Taman Kenari
  3. SMK Taman Selasih
  4. SMK Air Merah
  5. SMK Tunku Panglima Besar
  6. SMK Serdang Baru
  7. SMK Datuk Lela Pahlawan
  8. SMK Serdang
  9. SMK Keladi
  10. SMJK Chio Min
  11. SMK St Patrick (M)
  12. SMK Labu Besar
  13. SMK Kulim
  14. SMK Junjung
  15. SMK Lunas
  16. SMK Jalan Paya Besar
  17. SMK Lubuk Buntar
  18. SMK Sungai Kob
  19. SMK Taman Mutiara Sg Kob
  20. SMK Mahang
  21. SMK Sungai Karangan
  22. SMK Padang Serai
  23. SMK Tunku Putera
  24. SMK Bongor
  25. SMK Kuala Pegang
  26. SMK Baling
  27. SMK Syed Abu Bakar
  28. SMK Parit Panjang
  29. SMK Jerai
  30. SMK Teloi Kanan
  31. SMK Tunku Ismail
  32. SMK Taman Ria Jaya
  33. SMK Sungai Pasir
  34. SMK Sungai Layar
  35. SMK Pinang Tunggal
  36. SMK Pengkalan Lebai Man
  37. SMK Khir Johari
  38. SMK Taman Ria
  39. SMK Bukit Selambau
  40. SMK Bandar Sungai Petani
  41. SMK Aman Jaya
  42. SMK Bandar Puteri Jaya
  43. SMK SRI PERAK
  44. SMK Sik

 

Promosi Politeknik20201

Promosi Politeknik20202

Promosi Politeknik20203

Promosi Politeknik20204

Promosi Politeknik20205

Promosi Politeknik20206