| BENGKEL ANEKA KEK |
|
|
|
| Written by Asmidar Binti Ahmad Salleh |
| Friday, 04 November 2011 02:16 |
|
Pada 29 Oktober 2011 yang lalu, Jabatan Perdagangan telah menganjurkan kursus membuat kek di tapak kiosk keusahawanan berdekatan dengan laluan masuk utama ke Jabatan Perdagangan. Program tersebut diterajui Pn. Asmidar Bt. Ahmad Salleh sebagai penganjur dan telah menjemput Pn. Zai dari Syarikat Seindah Impian Ara Enterprise sebagai tenaga pengajar.
Bengkel Aneka Kek ini turut dihadiri para pelajar jurusan DPM1A, DPR1A, DAT5 dan DTP6. Pelbagai jenis resipi kek telah dikongsi bersama oleh Pn. Zai yang dibantu dengan anaknya, Izzati, penuntut DPM2A. Antaranya termasuklah Kek Marble, Kek Span, Kek Super Moist Chocolate Cake dan Kek Buah. Para peserta turut diajar cara-cara membuat saduran coklat (chocolate topping) dan aising (icing). Pelbagai gelagat dapat diperhatikan sepanjang sesi bengkel berlangsung, antaranya kek yang terlalu lembut dan tidak menjadi akibat kekurangan tepung dalam adunan.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran para penuntut bidang keusahawanan dan memupuk semangat kerjasama di kalangan mereka. Dengan adanya program sebegini juga, para pelajar dapat mengetahui resepi kek yang baru dan in-trend, mencubanya dirumah dan dimana-mana sahaja, dan boleh membuka perniagaan kedai kek suatu hari nanti. Program ini memberi manfaat yang besar dan para peserta yang hadir amat berpuashati dengan hasil yang mereka peroleh di akhir sesi. |
| Last Updated on Saturday, 05 November 2011 19:06 |
Jumlah Pelawat
Peta Laman | Notis Hakcipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox Versi 19.0.2 dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel.
Dibangun dan disenggara oleh Unit Sistem Maklumat, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.