| Jabatan Kejuruteraan Elektrik |
|
Pengenalan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah satu daripada jabatan akademik yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Mula beroperasi pada tahun 2003 yang pada asalnya dikenali sebagai Politeknik Kulim, jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrik dan elektronik di peringkat sijil dan diploma. Seramai 124 orang pelajar dengan 22 kakitangan akademik sebagai pelopor jabatan ini pada sesi pertama 2003.
Kini, JKE terus mengorak langkah dalam menawarkan pendidikan dan perkhidmatan berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan elektrik dan elektronik bagi melahirkan graduan yang berpotensi, berketrampilan dan berdaya saing serta berkemahiran tinggi. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, JKE mempunyai tenaga pengajar yang professional, berdedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrustruktur yang mencukupi, terdiri daripada bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel dan makmal yang lengkap dan selesa sebagai prasarana untuk memastikan pelajar berupaya mencapai kecemerlangan akademik. Jabatan ini diterajui oleh Puan Dalmataksiah Binti Mohd. Zain selaku Ketua Jabatan yang prihatin dan berwibawa dengan kekuatan staf seramai 67 orang terdiri daripada 3 Ketua Program, 63 orang staf akademik dan seorang staf bukan akademik. Jumlah pelajar kini telah mencapai 1100 orang dengan purata pengambilan antara 150 hingga 350 orang bagi setiap sesi pengajian.
Objektif
Program-program yang ditawarkan
Bermula sesi pengajian Julai 2009, pengambilan pelajar-pelajar sijil telah dihentikan selaras dengan agenda transformasi politeknik ke arah menjadikan politeknik sebagai salah satu institusi pengajian tinggi ternama dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, maka penstrukturan semula program telah digubal. Program-program terkini yang ditawarkan oleh JKE adalah :
Untuk maklumat lanjut mengenai program - program yang ditawarkan oleh JKE, klik di sini. |
Jumlah Pelawat
Peta Laman | Notis Hakcipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox Versi 19.0.2 dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel.
Dibangun dan disenggara oleh Unit Sistem Maklumat, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.