• narrow
  • wide
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • green color
  • blue color
  W3C   

Portal Rasmi


Selamat Datang : Pelawat

Laman Utama Jabatan & Unit Akademik Unit Penilaian dan Peperiksaan


Unit Penilaian dan Peperiksaan

Pengenalan

Unit Peperiksaan adalah salah satu unit sokongan yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Unit ini diwujudkan serentak dengan penubuhan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan kampus sementara di Politeknik Seberang Perai (PSP). Operasinya mula dipindahkan ke kampus tetap pada 3 Mac 2003 dengan pengambilan pelajar bagi Sesi Jun 2003 seramai 498 orang. Secara umumnya Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester dan keputusan peperiksaan. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Peperiksaan DG41, dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Am Rendah N1.  Manakala pengurusan berkaitan hal-hal akademik dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang dilantik oleh Ketua Jabatan masing-masing iaitu  terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am.

Unit ini dilengkapi dengan bilik komputer yang boleh memuatkan 10 buah komputer, 1 bilik Pegawai Peperiksaan dan 5 Bilik Penyelaras Peperiksaan.

Maklumat Umum

Secara umumnya Unit Peperiksaan bertanggungjawab menyelaras dan mengendalikan segala aktiviti  berkaitan peperiksaan akhir dan persijilan. Unit ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua jabatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk jabatan masing - masing. Di dalam unit ini terdapat bilik-bilik yang menempatkan pejabat Pegawai Peperiksaan, Bilik Penyelaras Peperiksaan Jabatan, Bilik Komputer, Bilik Kebal, Bilik Simpanan Bahan/Peralatan Peperiksaan dan  Bilik Cetak . Unit Peperiksaan juga dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti computer, mesin cetak dan sebuah bilik keselamatan (kebal) khas untuk menyimpan kertas- kertas soalan peperiksaan akhir.

Fungsi / Peranan

Antara tugas utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah:

  • Proses penggubalan soalan untuk Sistem Pengurusan Bank Soalan (SPBS)
  • Pemilihan dan penyediaan soalan peperiksaan akhir semester
  • Memantau perjalanan peperiksaan akhir semester
  • Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir dan Jadual Pengawasan Peperiksan Akhir
  • Memproses dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan keputusan peperiksaan akhir seperti Slip Keputusan, Surat Pelajar
  • Mengulang Modul, Mengulang Semester, Gagal Berhenti, data kajian keputusan peperiksaan, Laporan Lembaga, Senarai Graduan dll
  • Menyediakan sijil/diploma para graduan dan urusan berkaitan persijilan
  • Menyediakan transkrip keputusan peperiksaan
 
Tarikh Kemaskini : 18 June 2013
Melayu | Inggeris

Maklum Balas

Maklum BalasAnda ada Cadangan/ Aduan/Pertanyaan? Hantarkan kepada kami.

Inspirasi Transformasi Diri

Maklum BalasKenali potensi dan kekuatan sebenar anda ke arah masa depan gemilang.

Portal Mudah Alih

Portal Mudah AlihImbas Kod QR untuk capaian pada peranti mudah alih.

PTSB@Media

PTSB@FacebookPTSB@TwitterPTSB@Youtube


Agensi Kerajaan

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia MSC Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam MAMPU 1MalaysiaInstitut Tadbiran Awam NegaraKementerian Pengajian Tinggi Malaysia PTPTN Multimedia Development Corporation
Saluran e-Bayar

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia PTPTN myeg Pos Online e-hasil

Peta Laman | Notis Hakcipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox Versi 19.0.2 dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel.
Dibangun dan disenggara oleh Unit Sistem Maklumat, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.